...sambungan
Sepanjang jalankan tugas sebagai ejen ni, secara jujur tidak pernah lagi tuntutan (claim) client saya yang gagal ditebus, baik yang jenis bayar dulu tuntut kemudian (pay & claim) atau yang bergantung pada surat jaminan (guarantee letter) oleh syarikat insurans.
Saya tidak pernah gagal. Dan Prudential tidak pernah gagal (baik konvensional/takaful) untuk membayar (dalam kes saya).
Yang membezakannya hanyalah samada cepat@lambat sahaja tuntutan dibayar oleh syarikat kepada pelanggan.
Sebelum ni kecoh viral di facebook pasal seorang anak orang ternama jika x silap saya, isu prudential x bayar bil hospital. Lepas tu merebak ke whatsapp & telegram. Saya sendiri pun terima mesej whatsapp tu. Hinggakan ada client saya & juga client prudential tapi bukan client saya (kenal sebab kawan), call & mesej tanya kenapa.
Yang herannya, hanya mesej pertama dari client yang komplen tu tersebar. Mesej kedua dari client tu selepas pihak Prudential ambik tindakan & kes selesai x pula tersebar/disampaikan kpd orang awam. Mesej kedua Client tu memuji Prudential sebab kes diselesaikan dengan cepat & dengan cara yang baik.
Dalam kes2 macam ni, saya sendiri tidak pasti kenapa. Sebab jika Prudential Malaysia sahaja, kecoh bagai nak runtuh KLCC. Tapi yang insurans lain berlonggok delay, reject claim, KIV xde pula kecoh kat Facebook, Whatsapp, Telegram, dll.
Saya doakan semoga dengan ujian2 seperti ini, Tuhan kurniakan saya & rakan2 ejen di agensi, termasuklah Prudential Malaysia rezeki insurans takaful yang lebih melimpah ruah...
InshaAllah.