The Best In Asia

The Best In Asia
Showing posts with label Semuanya Insurans. Show all posts
Showing posts with label Semuanya Insurans. Show all posts

Friday, 23 March 2012

Semuanya kini diinsuranskan [Kenderaan]

Kadang kala kita tidak pernah terfikir, yang kebanyakan benda di sekililing kita, sebenarnya dilindungi.

Bayangkan hari ini, segala-galanya mempunyai perlindungan / insurans. Tapi mungkin kita yang tidak sedar, atau pura-pura tidak sedar.

Setiap kali anda membeli kereta (baik yang baru, mahupun lama), kereta itu mempunyai mesti mempunyai insurans yang sah. Sekiranya tiada insurans baru dibuat/disediakan, maka proses jual-beli sesebuah kenderaan akan menghadapi masalah. Kereta tersebut tidak dapat dikeluarkan ke atas jalan raya, disebabkan tiada insurans.

Tuesday, 14 February 2012

Semuanya kini diinsuranskan [Rumah]

Kepada yang pernah membeli rumah/merancang membeli rumah, mungkin anda tidak tahu yang sebahagian kecil dari jumlah bayaran ansuran bulanan rumah anda sebenarnya adalah bayaran untuk insurans Harga Rumah anda. Maknanya, sekiranya anda membayar RM1,000 setiap sebulan untuk rumah anda;kemungkinan bayaran ansuran bulanan rumah kepada pembiaya (institusi kewangan) sebenarnya cuma RM700 @ RM800 sahaja sebulan, manakala bakinya RM300 @ RM200 (untuk penggenapan kepada angka RM1,000) adalah insurans ke atas Harga Rumah anda.

Kenapa perlu ada insurans Harga Rumah? Sebab sekiranya anda meninggal @ hilang upaya sebelum jumlah pinjaman / baki pinjaman selesai, insurans tersebut akan membayar baki pinjaman / bayaran bulanan. Waris anda (ahli keluarga) tidak perlu bersusah payah untuk menyelesaikan baki pinjaman.