The Best In Asia

The Best In Asia
Showing posts with label Insurans Tipu. Show all posts
Showing posts with label Insurans Tipu. Show all posts

Wednesday, 28 May 2014

Insurans Tipu...[3]

Insurans Prudential ada masalah...? Insurans tipu lagi ke..?
Tak mungkin...

Dapat mesej Whatsapp dari Client saya hari ni;
"Bang, saya x jadi buat MRI Scan hari ni, sebab insurans Prudential ada problem sikit..."

Terkejut saya dapat mesej ni. Terus saya call client saya berumur lewat 20-an.
"Kenapa, hospital cakap Prudential x nak bayar ke?", kata saya...

Client jawab; "Bukan Bang, sepatutnya saya dimasukkan ke wad di hospital pagi ni, tapi pihak hospital kata ada masalah dengan insurans Prudential... Katanya pihak Prudential argue kenapa Client nak dimasukkan tanpa ....... bla bla bla...? Pihak hospital kena jelaskan dulu melalui borang jawapan kepada Prudential..."

"Kalau begitu, ini bukan isu Insurans Prudential yang bermasalah. Sebaliknya, ia hanya satu dari tatacara kerja dalam kes nak claim dari Medikal Kad Prudential sahaja. Perkara ni biasa (normal case)", kata-kata terakhir saya.

Monday, 28 April 2014

Insurans Tipu...[2]

Terkedu bila mendengar kisah terbaru senior ejen prudential saya...
Kes kemalangan motorsikal, melibatkan anak Client dia.

Secara Umum:
Prudential BSN Takaful memang ada coverage untuk kemalangan. Confirm bayar sekiranya kemalangan! Tapi malangnya, dalam kes ini, timbul sedikit isu & PruBSN kemungkinan tak akan bayar bil hospital anak Client (hampir RM15,000).

Client tak puas hati, dia perli katanya insurans Prudential ni tipu. Dulu kata kemalangan tiada masalah nak claim, sekarang macam2 hal pulak disiasatnya..

Secara Terperinci:
Betul PruBSN ada perlindungan kemalangan. Confirm bayar sekiranya kemalangan! Tapi jika kemalangan selepas melanggar undang2 negara (sengaja@tidak sengaja), pasti timbul masalah nak claim insurans.

Kesalahan anaknya; menunggang motorsikal tanpa lesen pemandu kenderaan yang sah & terlibat dalam kemalangan.

Sekadar renungan:
Anak perempuan saya pun pernah kemalangan tanpa lesen pemandu yang sah. Beberapa kali saya claim insurans dari Prudential, elok pulak tiada masalah pembayaran. Tapi harus diingat, anak saya menunggang basikal. Basikal tidak perlukan lesen di Malaysia. Kalau eksiden pun, tidak melanggar undang2 negara.

Sama-sama kita renungkan ya...

Wednesday, 24 July 2013

Insurans Tipu...[1]

Kadang-kadang ada kita terdengar sesetengah orang selalu berkata;
"Ah, insurans tipu..."

Kalau di Prudential, saya sendiri tak pasti dimana "tipu" yang dimaksudkan tu.. Prudential tipu? Tak mungkin...

Friday, 7 September 2012

Insurans Tipu...?

Kadang-kadang biasa kita dengar sesetengah orang membuat komen; "insurans tipu..." atau mungkin "ejen insurans tipu..." . Saya akui memang ada kes-kes sebegini, berlaku penipuan / penyelewengan oleh ejen @ syarikat insurans. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada keadaan dan mungkin juga faktor-faktor tertentu.

Saya belum mahu mengulas tentang kenyataan diatas buat masa ini. Tetapi saya ingin berkongsi cerita pengalaman saya sebagai ejen yang ditipu oleh orang perseorangan.