Saya masih ingat disekitar pertengahan tahun 2010, ketika saya membuka booth Prudential di Damansara Damai, Selangor. Ada seorang jejaka awal 20-an terpandang banner Kad Perubatan Prudential milik saya. Ketika itu saya berseorangan, dan tiada ejen-ejen senior yang lain. Saya melemparkan senyuman & dia membalasnya, lalu terus berjalan tenang menuju ke meja Prudential.
Beliau memperkenalkan diri, bekerja sebagai penyelia di salah sebuah syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia. Tanpa membuang masa, saya terus berkongsi dengan beliau mengenai kepentingan Insurans terutamanya Kad Perubatan (Medical Card), supaya beliau faham seandainya beliau berminat untuk mempunyai perlindungan kesihatan peribadi.