The Best In Asia

The Best In Asia
Showing posts with label Pendapatan Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Pendapatan Tinggi. Show all posts

Thursday, 8 May 2014

Ejen Insurans Menjanjikan Pendapatan Tinggi [3]

Mungkin ramai yang tidak tahu, selain dari komisen insurans setiap bulan, ejen juga layak untuk mendapat bonus berasingan.

Awal tahun ni kali pertama saya dapat bonus dari Prudential... tak banyak, bonus cuma 4 angka sahaja nilainya. Happy jugaklah sebab hasil kerja keras selama ni.. ingatkan dapat sekali sahaja bonus 4 angka ni, rupa2nya, akan dapat lagi sekali bulan 7 tahun ni.

Di Prudential kita panggil Persistency Bonus. Dibayar 2 kali setahun untuk 2 tahun berturut2!

Dapat lagi sekali bulan 7 nanti.. Saya hanya mampu tersenyum.. Alhamdulillah.
Maka memang betullah kerja Ejen Insurans ni, boleh dapat income yang tinggi.

Baru tahu rupa-rupanya, senior insurans saya (Introducer yg bawa saya masuk ke bisnes insurans Prudential) dapat 5 angka bonus bulan Januari yang lepas.

RM XX,XXX dia dapat?
Patut dia "lagi lebih senyum" dari saya!

Sunday, 23 February 2014

Ejen Insurans Menjanjikan Pendapatan Tinggi [2]

2014 Adidas Stan Smith
Bulan Febuari 2014 adalah antara bulan yang paling sibuk dalam kalendar saya sebagai ejen insurans. Mana tidaknya, 6 kes insurans (permohonan untuk insurans Prudential BSN Takaful) baru diterima. Sibuk nak uruskan borang & dapatkan info dari client baru.

Nilai Jualan Tahunan (ACI Value) melebihi paras RM10,000. Hampir2 menyamai rekod tertinggi yang saya pernah hit dalam tahun 2011. Tidak silap saya, ada satu bulan dalam tahun 2011, ACI saya bernilai hampir RM13,000 hanya untuk sebulan.

Bezanya nilai ACI 2011 itu hasil disiplin & kerja keras, tapi bulan Feb 2014 ni, hasil dari benih yang saya tanam sejak dari awal (kira buat kerja ejen seperti biasa tahun ni cuma kurang keras seperti 2011), tapi hasilnya hampir menyamai nilai jualan tahunan 2011.

Maka betullah pesanan dari ejen2 senior Prudential saya di SAR Group;
"Kerja sebagai ejen ni ada cabaran Ikhwan. Memang kena kerja kuat awal2 tu, tetapi lama-lama inshaAllah semakin senang & mudah berkembang bisnes ni"

Komisen bulan Feb 2014 sahaja? Alhamdulillah... bolehlah beli seluar jeans Levis original satu @ kasut original Adidas versi Stan Smith