The Best In Asia

The Best In Asia
Showing posts with label Prudential Tak Bagus. Show all posts
Showing posts with label Prudential Tak Bagus. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

Prudential Tak Bagus! @ Naili's Place Sentul [Part1]

Sempat bersama rakan2 baik bekas Sekolah Menengah Dato Ahmad Maher, Kota Bharu, pada khamis malam yang lepas. Minum lewat malam di Naili's Place. Restoran yang menarik & sesuai untuk semua.

Uniknya, semua rakan2 memegang polisi insurans prudential kecuali hanya salah seorang rakan saya di dalam foto.

Apapun malam tu saya dah present pasal Prudential di rumahnya di Taman Pelangi Sentul, dan rakan saya setuju untuk apply pelan Prudential untuk dua anaknya serta merta. Cuma dia & isteri belum lagi.

Dulu katanya Prudential tak bagus... jadi dia apply dengan satu syarikat insurans yang lain.
Sekarang dia baru sahaja terminate pelan lamanya kerana timbul beberapa isu, dan re-apply dengan Prudential BSN Takaful untuk kedua2 anaknya.

InshaAllah di tampalan akan datang saya akan berkongsi, kenapa rakan saya kata "Prudential tak bagus..."




Monday, 2 September 2013

Prudential Tak Bagus!

[Bahagian 2/3]

Bermula dari situ (tahun 2010), saya tidak menghubungi sahabat saya tersebut setelah sekian lama, kerana memikirkan yang dia pasti akan memohon kad perubatan dengan insurans T*** I***. Nama Prudential pun pada pendapat saya sedikit buruk/tercalar dahulunya (setelah Ejen T*** I*** beliau menerangkan semula yang Prudential tak bagus).

Tapi pada awal tahun 2013, saya terima satu panggilan mengejut daripada sahabat saya ini. Dia terus nyatakan yang dia nak mohon kad perubatan dengan Prudential BSN Takaful. Saya terkejut, tapi ada juga rasa gembira.

Pasti ada sesuatu yang menyebabkan dia beriya-iya mahu memohon semula dengan Prudential.

Monday, 20 May 2013

Prudential Tak Bagus!

[Bahagian 1/3]

Ahad lepas, selesai hantar & jelaskan tentang 1 sijil (agreement) PruBSN Takaful di Alam Budiman, Shah Alam. Ada cerita menarik tentang kes ini, di mana dahulunya Client saya ini tidak mahu mengambil polisi insurans dengan Prudential.

Tahun 2010 saya pernah berjumpa dengan Client ini (sahabat lama saya), dan bercerita tentang kebaikan insurans & kad perubatan Prudential. Dia nampak kebaikan Kad Perubatan, setuju untuk memohon insurans dengan PruBSN Takaful, mengisi borang & memberikan wang pendahuluan untuk permohonan.

Malangnya, dia membatalkan permohonan di saat akhir.