The Best In Asia

The Best In Asia
Showing posts with label Sudah Sedia?. Show all posts
Showing posts with label Sudah Sedia?. Show all posts

Tuesday, 22 November 2011

Kejutan!

Saya adalah peminat sukan & merupakan pengikut acara Sukan Sea semenjak dari kecil. Jika ada masa, saya akan mengikuti siaran-siaran sukan. Baik secara langsung mahupun tertunda. Acara Bolasepak terutamanya.
Kadangkala dalam kehidupan/aktiviti seharian, akan berlaku pelbagai kejutan. Perkara yang tidak disangka-sangka.

Suka saya mengambil contoh dalam dua acara Sukan Sea di Indonesia yang baru sahaja tamat secara rasmi malam semalam. Dalam acara olahraga misalnya, siapa sangka kuartet 4 x 400m lelaki negara mampu menggapai pingat emas dalam acara yang dikelaskan sebagai "tiada harapan" / "bukan sukan elit". Bagaimana kemenangan ini boleh terjadi? Satu Kejutan bukan?