Salam Syawal dari saya, Ikhwan SAR Group.
Alhamdulillah, tahun ini masih ada rezeki untuk berhari raya bersama kedua ibu bapa tercinta.
Seperti biasa, saya pulang ke kampung di Machang Kelantan. Kg Kemuning, Machang adalah tempat saya dibesarkan.
Teringat pula dulu-dulu di tahun 90-an (zaman persekolahan & zaman pekerjaan semasa masih bujang), setiap kali menjelang raya, saya tidak akan melepaskan peluang untuk membeli majalah berkonsepkan kartun lawak yang diminati, majalah Ujang. Kartunis yang paling diminati - Gayourock. Pada pendapat saya, Gayour (singkatan dari Gayourock) mempunyai teknik lukisan & tona warna antara yang terbaik & paling menarik di Malaysia.
Walaubagaimanapun, pada tahun ini saya tidak membeli Ujang Edisi Hari Raya, kerana harganya yang bagi saya terlalu mahal (melebihi RM10 senaskah). Belek punya belek di sebuah kedai buku di bandar Machang, adalah satu majalah kartun menarik bernama G3 (harganya dalam lingkungan RM8 sahaja). Mulanya, saya hanya tengok-tengok sahaja, tapi bila terpandang adanya beberapa karya kartunis Gayour, saya terus membelinya.
Pada yang tidak mengenali Kartunis Gayour, berikut saya lampirkan sebuah lukisan hari raya karya tangan beliau (bersama alamat blog).
Penaprudential mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca & pengikut blog.
InshaAllah, Penaprudential akan sentiasa berkongsi pengalaman, pengetahuan & tips tentang insurans, dari masa ke semasa untuk tatapan semua.
Allah Huakbar, Allah Huakbar, Allah Huakbar, Walillah Hilham...
Alhamdulillah, tahun ini masih ada rezeki untuk berhari raya bersama kedua ibu bapa tercinta.
Seperti biasa, saya pulang ke kampung di Machang Kelantan. Kg Kemuning, Machang adalah tempat saya dibesarkan.
Contoh Majalah UJANG terdahulu |