The Best In Asia

The Best In Asia

Thursday, 26 December 2013

Cuti Hari Krismas 2013

25 Dec 2013, semalam majoriti Client saya bercuti sempena hari Krismas. Saya mengambil kesempatan untuk bertemu mata dengan beberapa Client Insurans Prudential saya...

Kebetulan mereka pun tiada sebarang perancangan, hanya cuti rehat di kawasan rumah masing-masing.

Bermula dari Damansara Damai dengan 2 Client berbeza, kemudian ke Kota Damansara, seterusnya ke Puchong Perdana.

Sambil bertemu mata tanya kabar, saya juga hadiahkan Buku Nota Prudential versi 2014 kepada semua... (sesetengah Client biasa memanggilnya Diari Prudential. Sebenarnya bukan diari, tapi buka nota. Mungkin disebabkan rekabentuknya umpama sebuah Diari)

Tak sangka buku nota Prudential warna merah ni sentiasa dapat sambutan & permintaan dari Client2 saya...
Kata mereka cantik & kemas rekabentuknya...

Berpeluang berjumpa 4 client berbeza dalam sehari, Alhamdulillah... kadang2 bukan senang untuk jumpa Client seramai tu dalam sehari, tapi sebagai ejen saya berpuas hati dengan tugasan yang telah dilakukan...

Buku Nota Prudential 2014

Buku Nota ni salah satu dari Souvenir Prudential 2014.
Ikhlas kepada pelanggan2 setia saya yang mempercayai & yakin dengan produk Prudential selama ini.

Thursday, 19 December 2013

Hijrah Itu Pengorbanan

Setiap kali tahun baru, baik kalendar Islam, mahupun kalendar Gregorian, kita tetapkan azam baru...
Kita mahu dapatkan sesuatu. Kita mahu berubah dari yang biasa kepada yang lebih baik. Kita mahu capai satu tahap baru dalam hidup, dan macam2 lagi...

Alhamdulillah, bagus kalau begitu... sekurang2nya kita ada azam. 
Azam ini bagi saya umpama hijrah. Berubah dari sesuatu kepada sesuatu yang lain.

Sayangnya, ramai dari kita berazam & bercita2, tapi tak ramai yang sanggup berkorban ke arah mencapai azam tersebut... 

Contohnya, saya pernah mempelawa beberapa kawan2 yang berminat untuk menjadi ejen insurans ke agensi di phileo damansara. Kebanyakan yang diajak pernah ada pengalaman bekerja makan gaji. Ramai yang berminat, tapi ramai kata tidak punya masa.

Mungkin siangnya kita kerja, tapi bagaimana dengan waktu selepas bekerja? Adakah kita gunakan sebaik2nya masa tersebut?
Jika kita sememangnya sibuk pada hari2 bekerja, bagaimana dengan waktu di hujung minggu? Hari Sabtu & Ahad? 

Yang peliknya, ramai kalangan kita yang minat & hendak berniaga. Tak kisahlah meniaga apapun. Tapi yang silapnya, ramai yang tidak sanggup mengubah minda. Ramai tidak sanggup berkorban masa & tenaga.
Kerana kita sudah biasa/bertahun2 kerja makan gaji. Dan minda kita sentiasa mengatakan, selepas seharian penat bekerja, maka kita harus berehat di malam harinya. 5@6 hari kita penat bekerja, maka di hujung minggu kita  patutnya habiskan/luangkan masa bersama keluarga & dll.

Bagi saya, masa itu tetap ada, cuba bagaimana kita mengoptimumkan masa tersebut/masa yang kita ada...
Jika anda ada minat berniaga, cuba2lah tengok peluang perniagaan melalui insurans...
Insurans Hayat adalah satu bidang perniagaan yang fleksibel. Boleh dilakukan pada bila2 masa yang anda & client anda selesa. Jika tidak pada waktu bekerja, boleh dibuat selepas waktu bekerja... Jika tidak pada hari bekerja, boleh dijalankan pada hari/hujung minggu..

Selamat Maju Jaya dalam apa jua yang ingin kita lakukan!

Yang pasti, Hijrah itu suatu pengorbanan... Hijrah itu perlukan pengorbanan...

Monday, 16 December 2013

Insurans: Konvensional atau Takaful?

Mana insurans yang lebih baik? Insurans konvensional atau takaful...?

Bagi saya, insurans hayat (life insurance) tu sememangnya penting... tidak kira samada takaful @ konvensional. Dulu di Malaysia kita tiada insurans takaful (berkonsep islamik & dipantau oleh panel syariah dilantik).

Sekarang kita sudah lihat perkembangan insurans hayat begitu pesat di Malaysia. Banyak produk insurans takaful ditawarkan oleh pelbagai syarikat-syarikat insurans hayat di negara kita.

Jadi mana satu yang lebih baik? Ada kadang2 client saya bertanya... jawapan saya senang sahaja.. kedua2nya adalah baik. Masing2 ada kebaikan & kelemahannya... saya tidak boleh buat keputusan bagi pihak client... saya (ejen) hanya boleh menjelaskan, tapi pilihan & keputusan ditangan anda...

Masa saya beli polisi insurans hayat (beserta kad perubatan) prudential di tahun 2002, pelannya adalah konvensional (konvensional tetapi bersifat "separa islamik"). Pada masa tu, tiada insurans takaful ditawarkan di negara kita. Saya masih memegang polisi insurans itu sehingga kini.

Hanya pada tahun 2006, Prudential Malaysia melancarkan produk insurans takaful, dikenali sebagai Prudential BSN Takaful. Saya baru apply satu lagi insurans hayat di awal tahun 2013, dan ianya adalah produk takaful Prudential.

Kini saya ada 2 polisi insurans bersama Prudential. Alhamdulillah...