The Best In Asia

The Best In Asia

Thursday, 25 June 2015

Bufet Buka Puasa Murah

Saya ada beberapa lokasi bufet berbuka, mengikut perkiraan saya, SELESA, PELBAGAI PILIHAN MAKANAN dengan HARGA BERPATUTAN.

Mungkin x ramai yang tahu & prefer tempat2 sebegini...

Biasanya ramai yang memilih hotel sebagai lokasi berbuka.

Saya pun tidak menyangka di KL & Selangor ni rupanya ada banyak lokasi2 begini. Cuma kita kenalah mencari & bertanya sikit sebanyak.

InshaAllah akan saya kongsikan secepat mungkin di tampalan seterusnya.

Selamat Berpuasa & Berbuka!

Ramadhan 2015: Berbuka Bersama Keluarga

Rezeki Ramadhan. Alhamdulillah.

Penat setengah hari mengemas barang mainan anak perempuan di bilik atas, sambil vakum & lap lantai atas bawah rumah pada Sabtu lepas 20 Jun.

Dapat tahu yang pakcik & makcik dari Bangi (Client Prudential saya), bakal datang berbuka puasa bersama di rumah.

Berbaloi rasanya bekerja keras kemas rumah & makan bersama keluarga lepas tu...

Menu biasa sahaja, tak banyak tapi memang menyelerakan!

1. Siakap Masam Manis
2. Tomyam Poktek
3. Daging Goreng
4. Kerabu Mangga
5. Kerabu Udang Sotong
6. Ulam + Budu
7. DLL...



Kuih hijau tu antara favourite saya tetapi saya lupa nama standard nya.
Oghe Klate panggil "buah kekoh cha"

Saya doakan semoga golongan fakir miskin/kurang bernasib baik juga mendapat peluang berbuka seperti saya sekeluarga di bulan ramadhan yang mulia ini. Aamin...

Tuesday, 16 June 2015

Prudential Panel Hospital - Hospital Tropicana [Gangguan Makhluk Halus]

Sempat menjenguk client saya di Hospital Tropicana Kota Damansara, malam semalam..
Anak bongsunya tiba-tiba menjadi letih lesu tidak bermaya. Pada mulanya, dibawa ke Klinik Alam Medic Subang Perdana berdekatan kawasan rumah saya. Doktor disitu buat 1 referal letter mencadangkan agar dirujuk kepada pakar di Tropicana Medical Centre.

Sempat saya bertanya malam semalam kepada Client saya;
"Anak Cik Sa*** sakit apa?"

- "Entah.. doktor pun kata terpaksa monitor dahulu buat sementara waktu..."

"Demam ke?"

- "Tak juga, tapi macam gangguan makhluk halus..."

Saya hanya anggukkan kepala...
[tak mengapa lah apa pun sebabnya, janji sekurang2nya insurans Prudential Takaful dapat membantu...]

Monday, 15 June 2015

Prudential Panel Hospital - KPJ Rawang Hospital

Our newly appointed Panel Hospital.




Welcome KPJ Rawang!
May this newly appointed hospital benefits all my clients that stay nearby this territory.

Salam Ramadhan al-Mubarak

penaprudential mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 2015 kepada semua pelanggan & pembaca blog ini.

Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih erti & keberkatan kepada semua...

Ramadhan Kareem.