Assalam semua pembaca blog PP.
Salam Ramadhan Kareem.
Sedar x sedar dah masuk hari ke 8 berpuasa tahun ni. Diharap semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik & sempurna. Melakukan ibadah2 sunat seperti Solat Terawih, membaca Al Quran, berzikir & mendekatkan diri kepada yangYang Maha Satu.
Seminggu lebih x dapat menulis di blog, kerana, sibuk dengan urusan closing beberapa kes baru takaful sebelum puasa. Bila masuk awal puasa, sibuk memantau kemajuan proses ubahsuai rumah di Seksyen U5 Shah Alam.
Hujung minggu pertama semalam, dapat 2 jemputan buka puasa di Surau Taman Puteri Subang pada Sabtu, dan Ahad di Seksyen 17 Shah Alam.
Entertain 2 pelanggan prudential saya pada Khamis & Sabtu malam lepas.
Khamis malam sebaik habis buka puasa, terus ke Hospital Tropicana Medical Centre di Kota Damansara. Giliran pelanggan saya yang tinggal di Bandar Tasik Puteri masuk ke hospital pertama kali - anak kena jangkitan kuman di bahu.
Sabtu malam, buat New Policy Delivery pada pelanggan setia saya (kawan baik di 1 syarikat sama dulu). Income Protection Plan. Dapat rasa roti tampal & teh tarik Bdr Tasik Puteri di malam minggu. Kawan belanja.
Jika sempat, di tampalan seterusnya akan saya kupas tentang bufet buka puasa dahulu & sekarang, ikut pengalaman penulis sendiri.
Semoga kita semua beroleh rahmat kebaikan serta keberkatan Yg Maha Esa di bulan mulia ini.
InshaAllah...