The Best In Asia

The Best In Asia

Tuesday, 19 July 2011

Tekanan Perasaan

Saya masih ingat disekitar pertengahan tahun 2010, ketika saya membuka booth Prudential di Damansara Damai, Selangor. Ada seorang jejaka awal 20-an terpandang banner Kad Perubatan Prudential milik saya. Ketika itu saya berseorangan, dan tiada ejen-ejen senior yang lain. Saya melemparkan senyuman & dia membalasnya, lalu terus berjalan tenang menuju ke meja Prudential.

Beliau memperkenalkan diri, bekerja sebagai penyelia di salah sebuah syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia. Tanpa membuang masa, saya terus berkongsi dengan beliau mengenai kepentingan Insurans terutamanya Kad Perubatan (Medical Card), supaya beliau faham seandainya beliau berminat untuk mempunyai perlindungan kesihatan peribadi.

Selesai penjelasan serba ringkas, terus beliau menanyakan beberapa soalan yang berkaitan. Saya mungkin sudah terlupa keseluruhan perbualan 2 hala antara saya dengannya, akan tetapi tetap saya akan kongsikan disini untuk tatapan pembaca & pengikut yang budiman;

(Soalan Pertama)
Saya bekerja sebagai maintenance bang, tidak kira waktu saya bekerja. Kadang-kadang saya terlalu penat, dan tekanan kerja juga memuncak. Adakalanya terlalu banyak. Ada masanya saya berada dibawah tekanan, saya tertekan sehingga menimbulkan tekanan perasaan. Soalan saya; seandainya saya mempunyai insurans adakah keadaan dimana "tekanan perasaan" itu dilindungi?

Saya tersenyum & memberikan jawapan sebaik mungkin....

(Soalan seterusnya)
Ada waktu-waktu dimana saya bekerja berdekatan kawasan tangki air @ kawasan takungan air. Ada laluan ditengah-tengah air dan saya terpaksa melaluinya. Jika secara tiba-tiba saya terjatuh kedalam air, menyebabkan saya mungkin "lemas seketika", adakah insurans akan membayar pampasan & melindungi saya?

Kali ini saya betul-betul tersenyum...

(Jawapan Saya)
Beginilah Cik A (nama samaran), saya dah terangkan serba ringkas mengenai kad perubatan kami. Flyer Prudential (helaian promosi) pun sudah saya beri. Cik A boleh baca & fahami. Mungkin suatu masa apabila Cik A sudah betul-betul bersedia, boleh hubungi saya  bila-bila masa... terima kasih.


------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan: "Sentiasa Mendengar, Sentiasa Memahami"
Tiada gunanya anda mengambil polisi insurans tanpa dengar & fahami akan kepentingannya. Di Prudential kami sentiasa mendengar keperluan pelanggan & cuba memahami kehendak setiap pelanggan-pelanggan kami dengan pilihan produk yang bertepatan.
Semuanya terpulang kepada anda...

3 comments:

  1. Sejak kebelakangan ini, saya sendiri mengalami beberapa tekanan.. :)- pen&share.

    ReplyDelete
  2. best bro.. -luffy

    ReplyDelete
  3. tumpang tanye "berat menanang" pe maksud????

    ReplyDelete