The Best In Asia

The Best In Asia

Tuesday, 30 July 2013

Bufet Buka Puasa - Istana Budaya

Salam Ramadhan 2013...

Jika tengah mencari tempat berbuka puasa dengan harga yang berpatutan & tempat yang selesa, saya cadangkan Cafe Istana Budaya, Jalan Tun Razak...

Disaat tampalan ini ditaip, kemungkinan masanya semakin suntuk untuk kebanyakan orang menempah/booking berbuka puasa diluar. Apapun, saya tetap berkongsi kerana saya rasakan perkara yang baik elok kita war-warkan sempena Ramadhan ini.


Kadar Bayaran hanya RM35 untuk Dewasa, RM20 untuk Kanak2. Itu adalah harga tepat @ nett price. Tidak ada sebarang bayaran tambahan dikenakan.

Konsep makanan adalah Bufet. Pilihan makanan adalah seperti di bawah;
1. Kuih Muih
2. Bubur
3. Agar2/Puding
4. Murtabak
5. Mee/Bihun Sup@Kari
6. Laksa Johor/Rojak Singapura
7. Yong Tau Fu
8. Tauhu Bakar
9. Nasi Goreng
10. Mee Goreng
11. Keropok/Papedom
12. Ikan Bakar (beberapa jenis spt Kembong, Keli, dll)
13. Nasi Putih (pilihan lauk yg pelbagai; Ayam, Sotong, Ketam, Ikan, Daging, Kerabu, Sayur-Sayuran, dll)
14. Kambing (Lamb Chop)
15. Rojak Buah
16. Asam/Jeruk
17. Buah-buahan
18. ABC/Cendol
19. Air Sirap/Sarsi/Nescafe/Teh Tarik
20. Dan lain lain (yang mungkin saya terlupa)










Maksud Berpatutan: Nilai RM35 dengan pilihan makanan sangat berbaloi. Majoriti makanan akan ditambah (refill) sekiranya habis. Lamb Chop menu paling akhir (pada yang suka makan kambing)!
Maksud Selesa: Bersih! Ada kawasan Aircond & Outdoor. Susunan Meja Makanan & Pelanggan. Surau besar. Parking percuma & dijaga. Sesuai untuk bujang & keluarga.

Saya simpulkan, harga bufet buka puasa Istana Budaya adalah murah & mampu, mungkin yang termurah di Lembah Klang & Selangor (relatif kepada jumlah pilihan makanan & keselesaan).


I spent 2 years in a row (2012 & 2013), buka puasa with my beloved siblings, friends & insurance clients here. 
If time is not on your side this time, try for next Ramadhan.

No comments:

Post a Comment