The Best In Asia

The Best In Asia

Sunday, 23 February 2014

Ejen Insurans Menjanjikan Pendapatan Tinggi [2]

2014 Adidas Stan Smith
Bulan Febuari 2014 adalah antara bulan yang paling sibuk dalam kalendar saya sebagai ejen insurans. Mana tidaknya, 6 kes insurans (permohonan untuk insurans Prudential BSN Takaful) baru diterima. Sibuk nak uruskan borang & dapatkan info dari client baru.

Nilai Jualan Tahunan (ACI Value) melebihi paras RM10,000. Hampir2 menyamai rekod tertinggi yang saya pernah hit dalam tahun 2011. Tidak silap saya, ada satu bulan dalam tahun 2011, ACI saya bernilai hampir RM13,000 hanya untuk sebulan.

Bezanya nilai ACI 2011 itu hasil disiplin & kerja keras, tapi bulan Feb 2014 ni, hasil dari benih yang saya tanam sejak dari awal (kira buat kerja ejen seperti biasa tahun ni cuma kurang keras seperti 2011), tapi hasilnya hampir menyamai nilai jualan tahunan 2011.

Maka betullah pesanan dari ejen2 senior Prudential saya di SAR Group;
"Kerja sebagai ejen ni ada cabaran Ikhwan. Memang kena kerja kuat awal2 tu, tetapi lama-lama inshaAllah semakin senang & mudah berkembang bisnes ni"

Komisen bulan Feb 2014 sahaja? Alhamdulillah... bolehlah beli seluar jeans Levis original satu @ kasut original Adidas versi Stan Smith

No comments:

Post a Comment