The Best In Asia

The Best In Asia

Monday, 28 April 2014

Insurans Tipu...[2]

Terkedu bila mendengar kisah terbaru senior ejen prudential saya...
Kes kemalangan motorsikal, melibatkan anak Client dia.

Secara Umum:
Prudential BSN Takaful memang ada coverage untuk kemalangan. Confirm bayar sekiranya kemalangan! Tapi malangnya, dalam kes ini, timbul sedikit isu & PruBSN kemungkinan tak akan bayar bil hospital anak Client (hampir RM15,000).

Client tak puas hati, dia perli katanya insurans Prudential ni tipu. Dulu kata kemalangan tiada masalah nak claim, sekarang macam2 hal pulak disiasatnya..

Secara Terperinci:
Betul PruBSN ada perlindungan kemalangan. Confirm bayar sekiranya kemalangan! Tapi jika kemalangan selepas melanggar undang2 negara (sengaja@tidak sengaja), pasti timbul masalah nak claim insurans.

Kesalahan anaknya; menunggang motorsikal tanpa lesen pemandu kenderaan yang sah & terlibat dalam kemalangan.

Sekadar renungan:
Anak perempuan saya pun pernah kemalangan tanpa lesen pemandu yang sah. Beberapa kali saya claim insurans dari Prudential, elok pulak tiada masalah pembayaran. Tapi harus diingat, anak saya menunggang basikal. Basikal tidak perlukan lesen di Malaysia. Kalau eksiden pun, tidak melanggar undang2 negara.

Sama-sama kita renungkan ya...

No comments:

Post a Comment