Walaupun sibuk dengan beberapa aktiviti harian kita, jangan kita lupa dengan Rasul kita. Tarikh sambutan telah pun lepas, pada 3 Jan 2015 lalu.
Pada tarikh tu saya berada di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak bersama ahli keluarga. Meraikan anak2 sebelum sesi persekolahan 2015 dibuka.
Walaupun sudah lewat, penaprudential ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Maulidur Rasul 2015 kepada semua.
Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Saya percaya dengan sentiasa mengingati Rasul kita, inshaAllah Tuhan akan sentiasa mengingati kita juga dalam apa jua perkara.
InshaAllah...Ameen.
No comments:
Post a Comment