Kepada yang pernah membeli rumah/merancang membeli rumah, mungkin anda tidak tahu yang sebahagian kecil dari jumlah bayaran ansuran bulanan rumah anda sebenarnya adalah bayaran untuk insurans Harga Rumah anda. Maknanya, sekiranya anda membayar RM1,000 setiap sebulan untuk rumah anda;kemungkinan bayaran ansuran bulanan rumah kepada pembiaya (institusi kewangan) sebenarnya cuma RM700 @ RM800 sahaja sebulan, manakala bakinya RM300 @ RM200 (untuk penggenapan kepada angka RM1,000) adalah insurans ke atas Harga Rumah anda.
Kenapa perlu ada insurans Harga Rumah? Sebab sekiranya anda meninggal @ hilang upaya sebelum jumlah pinjaman / baki pinjaman selesai, insurans tersebut akan membayar baki pinjaman / bayaran bulanan. Waris anda (ahli keluarga) tidak perlu bersusah payah untuk menyelesaikan baki pinjaman.
Kadangkala kalau kita kaji semula, adalah pelik bila memikirkan seseorang yang tidak mempercayai insurans (tidak mempunyai insurans peribadi) sanggup membayar ansuran bulanan rumah sendiri termasuk RM200-RM300 insurans Harga Rumah. Samada empunya diri sedar @ tidak, saya tidak pasti. Pada pendapat saya, sekiranya seseorang itu tidak mempercayai insurans itu adalah sesuatu yang boleh membantu bila memerlukan, maka tidak perlulah juga dia untuk membayar tambahan RM200-RM300 sebulan untuk insurans Harga Rumahnya.
Cukup hanya ansuran bulanan sebanyak RM700 misalnya. Lebih menguntungkan & jimat.
-------------------------------------------------------------------------------
*Kesimpulan:-
Kita boleh / tiada masalah untuk membayar tambahan beberapa ratus ringgit semata-mata untuk melindungi Harga Pinjaman Rumah kita. Tetapi untuk membayar nilai yang sama (atau mungkin lebih rendah) bagi perlindungan diri sendiri, adakalanya banyak yang dipersoalkan.
Rumah Kediaman adalah suatu binaan yang kekal tetapi tidak bernyawa. Sekiranya kita sanggup membayar RM300 sebulan untuk melindungi suatu binaan besi konkrit yang kekal tetapi tidak bernyawa, berapa pula yang kita sanggup bayar untuk nilai diri sendiri?

No comments:
Post a Comment