The Best In Asia

The Best In Asia

Monday, 26 September 2016

Sibuk Yang Amat

Dari pertengahan Julai 2016 hinggalah ke hari ni, jadual teramat padat...

Ubahsuai porch rumah puteri subang, puasa & raya puasa/haji, urusan tambah baik rumah baru saya di seksyen 25 shah alam, dan urusan2 lain.

Alhamdulillah, masih bernafas dengan udara kurniaan Allah & meneruskan tugas saya di bidang takaful di Prudential.

Sesibuk mana pun saya, ingatan & khidmat kepada client2 sedia ada, tidak diabaikan...

"Sentiasa mendengar, Sentiasa memahami"

Friday, 15 July 2016

Prudential Tipu 2016 [2]

...sambungan

Sepanjang jalankan tugas sebagai ejen ni, secara jujur tidak pernah lagi tuntutan (claim) client saya yang gagal ditebus, baik yang jenis bayar dulu tuntut kemudian (pay & claim) atau yang bergantung pada surat jaminan (guarantee letter) oleh syarikat insurans.
Saya tidak pernah gagal. Dan Prudential tidak pernah gagal (baik konvensional/takaful) untuk membayar (dalam kes saya).
Yang membezakannya hanyalah samada cepat@lambat sahaja tuntutan dibayar oleh syarikat kepada pelanggan.

Sebelum ni kecoh viral di facebook pasal seorang anak orang ternama jika x silap saya, isu prudential x bayar bil hospital. Lepas tu merebak ke whatsapp & telegram. Saya sendiri pun terima mesej whatsapp tu. Hinggakan ada client saya & juga client prudential tapi bukan client saya (kenal sebab kawan), call & mesej tanya kenapa.

Yang herannya, hanya mesej pertama dari client yang komplen tu tersebar. Mesej kedua dari client tu selepas pihak Prudential ambik tindakan & kes selesai x pula tersebar/disampaikan kpd orang awam. Mesej kedua Client tu memuji Prudential sebab kes diselesaikan dengan cepat & dengan cara yang baik.

Dalam kes2 macam ni, saya sendiri tidak pasti kenapa. Sebab jika Prudential Malaysia sahaja, kecoh bagai nak runtuh KLCC. Tapi yang insurans lain berlonggok delay, reject claim, KIV xde pula kecoh kat Facebook, Whatsapp, Telegram, dll.

Saya doakan semoga dengan ujian2 seperti ini, Tuhan kurniakan saya & rakan2 ejen di agensi, termasuklah Prudential Malaysia rezeki insurans takaful yang lebih melimpah ruah...
InshaAllah.

Wednesday, 13 July 2016

1001 Client

Lagi cerita Prudential tak bayar claim tahun 2016 ni.

Total dah 2 client saya yang x dibayar. Satu cerita lama & satu lagi yang baru dalam tahun ni 2016.

Kita punya semangat fight & back up Client, alih2 last sekali dapat tahu ada non-disclosure during application dr pihak Client masa apply.
6 requirements di minta pihak penilaian prudential.
Kat situ aja saya tengok dah macam2 sakit rupa nya client saya ni.

Masa apply x nak cerita, bila timbul masalah nak claim mula lah salahkan ejen.

Moral of the story:-
During insurance or takaful application, pls disclose everything. Please do not blame the insurer or the servicing agent, when your claim requires investigation, put as on hold status, rejected, & etc.
It all depends on you. It starts with you.

DISCLOSE EVERYTHING!

Salam Hari Raya Aidilfitri

Allah Huakbar Allah Huakbar Allah Huakbar Walillah Hilham.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Ikhlas dari Penaprudential.


Monday, 13 June 2016

Salam Ramadhan 2016

Assalam semua pembaca blog PP.

Salam Ramadhan Kareem.

Sedar x sedar dah masuk hari ke 8 berpuasa tahun ni. Diharap semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik & sempurna. Melakukan ibadah2 sunat seperti Solat Terawih, membaca Al Quran, berzikir & mendekatkan diri kepada yangYang Maha Satu.

Seminggu lebih x dapat menulis di blog, kerana, sibuk dengan urusan closing beberapa kes baru takaful sebelum puasa. Bila masuk awal puasa, sibuk memantau kemajuan proses ubahsuai rumah di Seksyen U5 Shah Alam.

Hujung minggu pertama semalam, dapat 2 jemputan buka puasa di Surau Taman Puteri Subang pada Sabtu, dan Ahad di Seksyen 17 Shah Alam.

Entertain 2 pelanggan prudential saya pada Khamis & Sabtu malam lepas.
Khamis malam sebaik habis buka puasa, terus ke Hospital Tropicana Medical Centre di Kota Damansara. Giliran pelanggan saya yang tinggal di Bandar Tasik Puteri masuk ke hospital pertama kali - anak kena jangkitan kuman di bahu.
Sabtu malam, buat New Policy Delivery pada pelanggan setia saya (kawan baik di 1 syarikat sama dulu). Income Protection Plan. Dapat rasa roti tampal & teh tarik Bdr Tasik Puteri di malam minggu. Kawan belanja.
Alhamdulillah.

Syihan (Client Prudential yang setia)


Jika sempat, di tampalan seterusnya akan saya kupas tentang bufet buka puasa dahulu & sekarang, ikut pengalaman penulis sendiri.

Semoga kita semua beroleh rahmat kebaikan serta keberkatan Yg Maha Esa di bulan mulia ini.
InshaAllah...