Pengalaman bekerja sebagai ejen Prudential kadang-kadang melucukan. Adakalanya menghairankan. Saya tidak pasti samada pengalaman berikut yang akan dikongsi lucu @ hairan. Bagi saya mungkin kedua-duanya sekali.
Sekitar awal tahun 2011, pernah saya menghulurkan "flyer" Prudential semasa saya di booth Hospital Bersalin Pusrawi, Kota Damansara, Selangor. Ada seorang gadis sedang duduk berseorangan. Saya berjalan menuju kepadanya sambil menghulurkan flyer saya. Jelas di wajahnya kelihatan sedikit rasa tidak selesa.
Selesai memperkenalkan diri, saya nyatakan ingin berkongsi tentang kepentingan perlindungan insurans. Si gadis terus menjawab sambil menghulurkan semula flyer kepada saya;
"Insurans? Tak apalah... Saya jarang sakit, jarang masuk wad..."
Saya tersenyum, dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penerangan saya kepadanya.
Tidak apalah, mungkin gadis ini terlalu muda usianya untuk memahami kepentingan insurans (saya pun tidak pasti berapa usianya). Ataupun mungkin si gadis memang seorang yang tidak sukakan insurans. Mungkin juga tidak sukakan insurans kerana lebih banyak mendengar cerita pihak ketiga, daripada mendengar & memahami dari pihak yang sepatutnya.
Mungkin bagi para pembaca & pengikut blog saya, tiada apa yang melucukan @ menghairankan. Tetapi bagi kami ejen-ejen Prudential yang sudah agak lama 'bergelumang' di dunia insurans, kata-kata sebegitu boleh dikategorikan sebagai lucu & juga menghairankan bila jalan ceritanya dikongsi bersama. :)
----------------------------------------------------------------------------------
Renungan:-
Sekiranya anda ingin membeli kenderaan baru @ lama, baik kereta mahupun motorsikal, dan sebaik sahaja anda tahu perlu membayar sejumlah wang untuk insurans kenderaan, bolehkah anda berkata;
"Insurans Kenderaan? Tak apalah... Saya jarang kemalangan, jarang langgar orang..."

heheheh aku hanya mampu tersenyum baca coretan hg....
ReplyDeletep/s:"bergelumang" tu ayat yg tak bole bla,,
tq my client... as an old friend of mine, aku rasa dari dulu lagi kau memang suka senyum..
ReplyDelete