Hari Sabtu yang lepas, saya ke salah satu kawasan perumahan di Sungai Buloh Country Resort,Saujana Utama bertujuan menghantar satu Polisi Insurans client saya (baru sahaja diluluskan oleh Prudential).
Disebabkan banyak persoalan yang ditimbulkan oleh client saya, masa yang dihabiskan untuk sesi soal jawab & penerangan adalah selama lebih kurang 3 jam (tempoh 3 jam merupakan rekod sesi penghantaran&penerangan polisi saya yang paling panjang).
Di rumah client, saya ditawarkan untuk duduk di kerusi, tetapi saya menolak. Dengan bentuk meja ruang tamu yang agak rendah (lebih kurang sekaki lebih tingginya), saya memilih untuk duduk bersila di lantai. Lebih selesa rasanya.
10 soalan utama diajukan client (tidak termasuk soalan-soalan sampingan yang bakal timbul), dan saya terus mencatitkan kesemuanya di atas kertas untuk penerangan satu persatu secara lebih sistematik. Tidak sabar untuk "beraksi", saya terus menjawab&menerangkan satu persatu persoalan yang timbul.
Mungkin kerana kebiasaan & rasa tanggungjawab sebagai ejen, ditambah kekhusyukan beraksi menerangkan kesemua soalan yang dibangkitkan sambil duduk bersila, secara tiba-tiba urat paha sebelah kanan (gambaran: urat dari bahagian pangkal paha ke bahagian lutut;bahagian sebelah dalam paha kanan) saya kejang secara mengejut... sakitnya, hmmmm....bukan kepalang.
"Minta maaf Kak, (panggilan kepada client) saya kejang urat, kena berdiri & stretching sekejap ya.."
Client saya - "ok.."
Selepas sedikit regangan & yakin kekejangan sudah pulih, saya kembali duduk bersila & ingin menyambung baki penerangan. Malangnya, belum pun habis ayat pertama & selepas hanya beberapa suku kata, kejang urat menyerang lagi...
"Aduh, aduh...sorry Kak, kena stretching sekali lagi la..., macamana ni ya, Client belum apa-apa, Ejen dah sakit dahulu", kata saya dalam nada bergurau.
Client saya - tersenyum & tergelak sambil berkata; "haaa... ye la Ikhwan, Ejen sakit dulu ni..."
Baik sekejap ataupun lama, biar kejang menahan sakit, tanggungjawab tetap ditunaikan selagi termampu . Walaupun memerlukan 3 jam untuk penerangan polisi, sehingga kejang paha sendiri, saya berpuas hati & saya harapkan client saya juga begitu.
--------------------------------------------------------------------------------------
Jaminan dari Prudential:
Walaupun polisi/kad perubatan telah dikeluarkan & penghantaran polisi serta penerangan terperinci telah dibuat, tetapi Client masih tidak berpuashati atau mengubah fikiran di saat akhir, mereka berhak untuk tidak menerima/membatalkannya.
Dan jaminan pulangan wang 100% akan berkuatkuasa (dalam tempoh bertenang).

No comments:
Post a Comment