Masih ingat kali terakhir saya menonton teater adalah semasa diploma pengajian kejuruteraan di UTM Jalan Semarak. Teater sama sekali berbeza dengan cerita panggung wayang kerana ianya dilakukan secara langsung tanpa sebarang pengubahsuaian. Bagi saya untuk sesekali, teater amat menarik untuk ditonton.
Cuma bezanya kali ini, harga tiketnya berkali ganda mahal berbanding harga tiket semasa saya menonton teater di UTM dahulu.
Ada dua sesi teater iaitu pada sebelah petang & malam. Saya memilih sebelah petang versi Bahasa Inggeris(kerana anak-anak biasanya menonton Upin Ipin di Astro dalam bahasa Inggeris). Bila melangkah masuk ke Panggung Sari (ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki disana), terasa terkejut & bangga bila melihat senibina dalaman panggung. Ala-ala Panggung Teater di luar negara.
Teater memakan masa dua jam lamanya. Jalan ceritanya amat menarik dan para pelakon melakonkannya dengan baik (terutamanya pelakon kanak-kanak). Lontaran suara & kesan khas teater juga tidak mengecewakan. Anak-anak saya terus menonton tanpa rasa jemu sehingga tamat teater.
Selain Upin Ipin, saya meminati watak & lakonan Puteri Cinonet & juga Doktor Gigi bernama Doktor Ravi (rupa-rupanya beliau adalah anak Mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohamad). Bagi saya, mereka antara faktor dari sudut lakonan yang menarik perhatian penonton pada petang itu. Ini belum mengambilkira puak Asli "Pulu-Pulu" yang tidak kurang hebat persembahan & tariannya.
Apa-apapun, saya mengucapkan tahniah kepada semua pelakon & tenaga kerja Teater Muzikal Upin Ipin, kerana telah menyajikan penonton dengan persembahan yang menarik & bertenaga. Yang penting teater yang tidak membosankan. Anak-anak saya mengatakan yang mereka mahu menonton lagi sekiranya akan ada Teater Muzikal Upin Ipin 2 (sebagai contoh) di masa hadapan. Bukan sahaja saya, malah saya berpendapat ramai (yang telah menonton) yang bersetuju & akan memberikan sambutan sekiranya ada perancangan untuk mengadakan versi Teater Muzikal Upin Ipin yang baru.
----------------------------------------------------------------------------
Uniknya:-
Tidak silap saya, disebabkan salah satu penaja teater ini adalah Kumpulan KPJ (Rangkaian Hospital Swasta antara yang ternama di Malaysia), ada diselitkan ayat-ayat teater berbunyi, "sekiranya sakit gigi atau jika rasa tidak sihat, bolehlah ke Hospital KPJ..."
hmmmmm... menarik...?
Apapun, saya tetap berbangga kerana Hospital KPJ adalah salah satu Panel Hospital kepada Prudential & tentunya is berkait secara tidak langsung dengan kerjaya saya sebagai ejen insurans.

No comments:
Post a Comment