The Best In Asia

The Best In Asia

Thursday, 26 July 2012

Salam Ramadhan 2012

Ramadhan datang lagi... Segala puji pada yang Satu, masih dapat menikmati Ramadhan tahun ini.

Menu Kegemaran buatan sendiri setiap kali Ramadhan
- CENDOL CINCAU BUAH  KABUNG
Beberapa hari sebelum Ramadhan, ada 2 pelanggan saya yang dimasukkan ke wad & 1 pelanggan terlibat dalam kemalangan kecil. Alhamdulillah, semua tuntutan telah diuruskan dan kini dalam proses penilaian. InshaAllah sekiranya tiada masalah, menjelang pertengahan bulan Ogos, semua cek tuntutan akan diterima.. Sekurang-kurangnya dapat saya meringankan beban pelanggan yang terlibat melalui bantuan insurans Prudential.

Gembira rasa hati kerana dapat membantu. Walaupun begitu, ada rasa terkilan (kes berlainan) kerana salah seorang pelanggan (anak kepada pelanggan) tidak dapat disahkan kemasukan ke wad, menyebabkan ibu bapa terbabit dalam dilema. Dalam kes ini, ada kemungkinan tanda-tanda sakit tersebut akan melibatkan terma "penyakit sedia ada" (pre-existing illness).

Di dalam kes ini, walaupun kemasukan ke wad atas nasihat doktor & pelanggan menjalani rawatan di wad; tetapi sekiranya selepas rawatan keputusan akan membawa kepada status penyakit sedia ada, maka tidak akan ada sebarang pampasan (bayaran) dari pihak insurans Prudential*.

Saya cuma mampu doakan semoga kesihatan anak pelanggan saya akan bertambah baik...

Apapun, penaprudential mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua pembaca blog & juga pelanggan-pelanggan saya yang dihormati.
Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat & keberkatan, kemurahan rezeki & makbulnya doa saudara saudari, dan seluruh Umat Islam yang bersama-sama menyambut Ramadhan Al-Mubarak kali ini.

------------------------------------------------------------------------------------
* Sepengetahuan saya, dalam kes Pre-Existing Illness, bukan sahaja Prudential, malah semua syarikat insurans tidak akan membayar sebarang tuntutan pelanggan walaupun dalam 2 keadaan berbeza seperti dibawah. Kenapa tidak dibayar, kerana ini disebabkan penyakit tersebut dikira sudah tersedia ada:
1. Sebelum insurans diluluskan.
2. Walaupun insurans sudah diluluskan.

No comments:

Post a Comment