Tiada aktiviti insurans pada malam ini. Tumpuan saya tertumpu kepada perlawanan penting AFF Suzuki Cup 2012 Malaysia menentang Laos yang berkesudahan Harimau Malaya menang 4 - 1.
Tahniah Harimau Malaya!!!
Keseluruhan permainan dipamerkan tadi lebih menarik & bertenaga. Kita seharusnya menang dengan jaringan lebih besar, kalau tidak kerana ketumpulan penyerang (Safee Sali) yang pernah dilabel "Harimau Berantai" oleh Media Malaysia.
Safee dilihat masih mencari sentuhan penyudah lebih tepat. Apa yang mengecewakan saya, tindakan Jurulatih Datuk K Rajagobal yang masih meletakkan Safee bermain sehingga hampir tamat masa perlawanan, walaupun banyak mensia-siakan peluang.
Kita tidak boleh melepaskan peluang terhidang begitu sahaja jika ingin menewaskan Indonesia di perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Pada pendapat saya, setelah begitu banyak peluang disia-siakan Safee di separuh masa pertama & awal separuh masa kedua, beliau sepatutnya sudah digantikan dengan penyerang gantian lain. Bagi saya semua pemain-pemain lain berfungsi baik, bekerja keras dan menyumbang kepada pasukan, kecuali Safee yang dilihat seperti tidak cergas, keletihan, mudah hilang kawalan bola. Safee sekarang tidak sebaik Safee AFF Suzuki Cup 2010 dahulu.
Apapun, Jurulatih lebih arif dan kenal pemain-pemain beliau. Saya harap beliau tidak melakukan kesilapan di perlawanan terakhir nanti.
Sama-sama kita teruskan sokongan padu... Ayuh mara Harimau Malaya!

Safee Sali merupakan penjaring terbanyak kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 |
Apapun, Jurulatih lebih arif dan kenal pemain-pemain beliau. Saya harap beliau tidak melakukan kesilapan di perlawanan terakhir nanti.
Sama-sama kita teruskan sokongan padu... Ayuh mara Harimau Malaya!
No comments:
Post a Comment