Teringat satu cerita lawak (kisah benar) diantara saya dengan seorang sahabat baik, bekas teman sekerja pada tahun 2011.
Saya pernah berkongsi dengannya tentang kebaikan insurans & kad perubatan Prudential. Namun, dia tdak menunjukkan tanda-tanda kefahaman yang baik & masih berada di dalam "Zon Selesa" (comfort zone).
Ketika itu, saya bersama dengan beliau, bersama beberapa rakan-rakan yang lain, menjamu selera makan tengahari di Kuala Lumpur. Semua sudah memiliki insurans peribadi (majoriti adalah insurans Prudential), kecuali hanya beliau seorang sahaja.