The Best In Asia

The Best In Asia

Friday, 11 January 2013

Beza Hospital Kerajaan & Hospital Swasta

Salam Tahun Baru...

SENARIO 1
Baru sahaja selesai mengendalikan kes insurans baru, seorang pelanggan baru yang saya temui di booth Prudential Subang Perdana.
(Lokasi booth Prudential berdekatan kawasan Subang Airport/Kg Melayu Subang. Booth dibuka setiap hari dari jam 8-10 malam, secara giliran bersama beberapa kenalan yang juga Ejen Prudential, berdekatan bangunan Maybank Subang Perdana. Giliran saya adalah setiap malam Rabu & Jumaat, jika tiada temujanji dengan pelanggan insurans lain).



Saya menawarkan pelan kad perubatan pada hari temujanji kami, namun dia merasakan tidak perlu mempunyai kad perubatan insurans, kerana;

"Hospital Kerajaan ada...."

Saya bertanyakan adakah beliau mempunyai pengalaman berurusan dengan hospital kerajaan ketika sakit? jawapannya;

"Tidak pernah..."

SENARIO 2
Seminggu sebelum itu, saya baru kendalikan permohonan insurans (beserta Kad Perubatan) seorang Doktor Hospital Kerajaan. Permohonan telah dihantar ke Prudential BSN Takaful, dan kemungkinan besar akan diluluskan tidak lama lagi.

Saya sempat bertanya kepada Doktor berkenaan;

"Doktor seorang kakitangan awam, Pegawai Kelas A, majikan Doktor pula adalah Hospital Kerajaan. Tentu ada keistimewaan tersendiri apabila Doktor sakit & perlu dimasukkan ke Hospital.
Kenapa beriya-iya benar untuk memohon insurans (beserta Kad Perubatan)?"

Jawapannya;
Saya pernah ada pengalaman ketika menguruskan anak saya yang sedang sakit untuk dimasukkan ke Hospital Kerajaan di Cheras. Jadi, saya berminat untuk mendapatkan Insurans dengan Kad Perubatan (mempunyai pilihan untuk ke Hospital Swasta).


Kepada para pembaca:
Fikir-fikirkan perbezaannya... :)

No comments:

Post a Comment