Teringat satu cerita lawak (kisah benar) diantara saya dengan seorang sahabat baik, bekas teman sekerja pada tahun 2011.
Saya pernah berkongsi dengannya tentang kebaikan insurans & kad perubatan Prudential. Namun, dia tdak menunjukkan tanda-tanda kefahaman yang baik & masih berada di dalam "Zon Selesa" (comfort zone).
Ketika itu, saya bersama dengan beliau, bersama beberapa rakan-rakan yang lain, menjamu selera makan tengahari di Kuala Lumpur. Semua sudah memiliki insurans peribadi (majoriti adalah insurans Prudential), kecuali hanya beliau seorang sahaja.
Jawapannya senang sahaja;
"Tak apalah jika tiada insurans sendiri @ kad perubatan sekalipun. Bagi aku cukuplah dengan Insurans Tawakkal Tu Alallah..."
Ini membawa maksud, Insurans saya adalah jenis "Insurans berserah kepada Allah". Sama ertinya dengan Insurans itu tidak penting, tiada pun tidak mengapa.
Saya hanya tersenyum dan tidak mahu mengulas apa-apa.
Pengajaran dari kisah ini:-
Saya bukan pakar agama tetapi Insurans adalah bidang (boleh dicirikan sebagai kepakaran) saya. Namun saya merasakan konsep Tawakkal sahabat saya adalah tidak tepat & tidak digalakkan di dalam Islam.
Pemahaman saya; Kita boleh bertawakkal tetapi hanya setelah kita berusaha (setelah melakukan sesuatu/mencuba sebaik mungkin).
Tidak silap saya, Nabi Muhammad SAW sendiri pun pernah menegur seseorang (mungkin sahabatnya) kerana tidak mengikat untanya sebelum menunaikan solat. Jawapan yang diberikan oleh orang yang ditegur, tidak apa saya bertawakkal kepada Allah (tanpa berusaha mengikat/memastikan untanya sudah ditambat).
No comments:
Post a Comment