Hari ini, saya sudahpun menerima Troli Beg berjenama Condotti (buatan Itali) yang dijanjikan.Cantik menawan rekaannya. Adunan warna Hitam & Perak.
Anggaran harga sebuah beg tersebut berdasarkan penilaian saya mungkin dalam lingkungan RM200-RM300 (mungkin lebih tinggi). Tetapi saya mendapatkannya dengan percuma hanya dengan memohon kad kredit citibank yang ditawarkan ejen terbabit.
Penggunaan kad (syarat yang ditetapkan) sangat mudah. Syarat dipenuhi hanya dalam masa 2 bulan (tidak membebankan pemegang kad). Beg yang dijanjikan diterima dalam bulan ketiga dari tarikh permohonan kad. Tambahan pula, saya boleh menamatkan kad kredit tersebut bila-bila masa sekarang (tanpa dikenakan sebarang penalti @ caj).
Yang penting saya tidak dibebani sebarang hutang @ sebarang kadar faedah kad kredit.
Jika saya bertanyakan kepada anda sebagai pembaca blog, mana yang lebih baik?
1. Mohon Kad Kredit (tanpa sebarang hutang hasil penggunaan & boleh ditamatkan bila-bila masa), dapat beg berjenama percuma.
ATAU
2. Tidak memohon Kad Kredit (pasti tiada sebarang hutang kerana tidak memohon), tidak dapat beg berjenama percuma.
Apa yang anda perlu tahu tentang kad kredit?
Jawapan: Kad yang mempunyai baik & buruknya. Kad Kredit sering digambarkan di dada akhbar dari sudut negatif. Apapun, saya tidak akan mendapat sebuah *beg berjenama percuma dari Citibank, jika saya berpandangan negatif terhadap kad kredit. Tapi saya pilih untuk dengar & fahami terlebih dahulu, sebelum saya membuat keputusan.
*(Tidak semua Kad Kredit menawarkan hadiah percuma).
Jadi apa yang anda perlu tahu tentang insurans?
Jawapan: Anda tidak perlu tahu apa-apa kerana anda adalah orang perseorangan yang biasa. Tapi yang penting, beri peluang kepada Ejen Insurans(orang yang lebih tahu) menerangkan supaya anda memahami. Fikir secara positif, dengar & fahami. Sekiranya insurans dapat membantu, anda boleh memohon. Sekiranya tidak, terpulang kepada anda.
No comments:
Post a Comment