The Best In Asia

The Best In Asia

Friday, 13 September 2013

Cuti Merdeka 31 Ogos 2013

Penghujung Ramadhan & Hari Raya lepas, saya demam teruk. Disahkan Tonsil oleh Doktor pada hari raya keempat. Rasa tidak puas beraya tahun ini dengan Selipar Asadi & Songkok Raya baru..

Cuti Merdeka yang lepas, pulang ke kampung di Machang, Kelantan. Ziarah Nenek sakit tenat, Angin Ahmar.

Kebetulan sudah pulang ke Kelantan, sempat ziarah Client Insurans di Tanah Merah & Machang (kerana tak sempat jumpa di hari raya). Client yang faham dan ambil berat tentang insurans & kepentingannya... Sorang pegawai Bank & sorang lagi Guru.


Bandar Machang bersebelahan Bandar Tanah Merah & jarak dalam anggaran 40km lebih ke Kota Bharu.


Isnin 2 Sep, sudah kembali berada di Lembah Klang.

Statistik Angin Ahmar (Stroke) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO):

"Seorang daripada setiap enam individu akan mengalami serangan strok sepanjang hayatnya. Setiap saat, akan ada seorang insan yang mengalami strok di dunia dan setiap 6 saat satu nyawa akan terkorban akibat serangan strok. Strok juga tidak mengenal usia dan turut menyerang bayi" *

*Dipetik dari Laman Web http://www.ukm.edu.my/news

No comments:

Post a Comment