Kadang-kadang biasa kita dengar sesetengah orang membuat komen; "insurans tipu..." atau mungkin "ejen insurans tipu..." . Saya akui memang ada kes-kes sebegini, berlaku penipuan / penyelewengan oleh ejen @ syarikat insurans. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada keadaan dan mungkin juga faktor-faktor tertentu.
Saya belum mahu mengulas tentang kenyataan diatas buat masa ini. Tetapi saya ingin berkongsi cerita pengalaman saya sebagai ejen yang ditipu oleh orang perseorangan.
Pada malam hari Khamis, 30 Ogos minggu lepas, saya membuat panggilan telefon kepada seseorang yang telah memberikan saya nombornya untuk dihubungi. Saya mendapat nombor saudara ini semasa saya berada di Booth Prudential Hospital Umra, Seksyen 13, Shah Alam. Dia bekerja dalam bidang kejuruteraan teknologi maklumat dan kalau tidak silap saya dia ke sana (Hospital Bersalin Umra) atas urusan membawa isterinya yang sedang mengandung.
Malangnya, panggilan saya tidak dijawab. Tidak mengapa mungkin dia sedang sibuk.
Tiba-tiba satu pesanan ringkas masuk ke telefon saya berbunyi;
"Ini siapa? Kenapa call nombor ini? Nak cari siapa?"
Saya membalas semula mengatakan yang saya adalah ejen yang berjumpa saudara dahulu, dan membuat panggilan untuk bertanyakan samada berminat untuk mendengar lebih lanjut mengenai pelan perlindungan/pelaburan yang berkaitan.
Pesanan ringkas yang masuk selepas itu;
"Encik salah orang, saya bukan Saudara, saya seorang Saudari.
Nama saya adalah Naz......., bukan ........"
Sepanjang 3 tahun saya mempunyai lesen sebagai ejen insurans, inilah kali pertama saya ditipu dengan nombor palsu daripada orang perseorangan. Tidak saya sangka...
Maaf kalau saya katakan, bagi saya inilah antara masalah utama dengan orang Melayu apabila melibatkan insurans.
Tidak suka berterus terang... Takut tidak bertempat... Tidak berfikiran terbuka... Tidak membuka peluang untuk lebih dahulu mendengar... Menipu untuk perkara yang tidak sepatutnya... Mempunyai persepsi tidak baik terhadap insurans... dan sebagainya.
Dalam kes ini, bukan insurans yang menipu, sebaliknya insurans yang ditipu. Saya tersenyum dan menggelengkan kepala selepas mengetahui hal sebenarnya. Semoga saudara tersebut diberikan petunjuk tentang kebaikan insurans peribadi di masa hadapan... dan bersikap lebih terbuka bagi mengelakkan kerugian kepada diri sendiri atau mana-mana pihak yang tidak berkaitan.
Secara alternatifnya, sekiranya saudara tersebut tidak berminat, berterus terang sajalah pada awalnya. Tidak perlu berikan saya nombornya. Saya pasti akan menghormati pendirian beliau & tidak akan mengganggu.
Tidak mahu tidak mengapa, kerana masih banyak orang perseorangan / keluarga di luar sana yang faham, sedang mencari, memerlukan perlindungan insurans peribadi (walaupun telah mempunyai insurans disediakan majikan/syarikat).
------------------------------------------------------------------------------------------
Yang Paling Penting:-
Sekiranya tidak pasti/perlu penjelasan, bertanyalah kepada yang lebih arif. Bukan bersandarkan kepada buah mulut disekeliling, mahupun penafsiran ortodok diri kita sendiri...
Ada pepatah bahasa inggeris yang berbunyi; "Honesty is the best policy".
Renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment