Jemputan rumah terbuka sempena bulan Syawal terlalu banyak. Saya merasakan tahun 2012 adalah tahun paling banyak saya mendapat jemputan untuk menghadiri rumah terbuka. Ada yang merupakan jiran satu kawasan perumahan, manakala tak kurang juga jemputan dari pelanggan-pelanggan Insurans Prudential saya.
Setiap hujung minggu, Sabtu & Ahad pasti ada jemputan yang tiba. Seingat saya, ada satu hari di hujung minggu, terdapat dari 4 sehingga 6 jemputan untuk dipenuhi. Macam-macam juadah rumah terbuka yang disediakan. Dari nasi tomato, nasi briyani, sate, lemang dan sebagainya... Alhamdulillah, mungkin rezeki saya tahun ini.
Kadang-kadang terfikir juga, andainya terlalu banyak jenis makanan yang dimakan, mungkin datang pula sakit secara tiba-tiba. Contohnya keracunan makanan atau cirit birit. Sakit seperti ini, adakalanya memerlukan kemasukan ke wad sekiranya serius. Semua pemegang polisi insurans Prudential pastinya dilindungi, termasuklah saya.
Walaubagaimanapun, sekiranya saya yang jatuh sakit & memerlukan rawatan di wad untuk tempoh masa yang lama, bagaimana boleh saya menguruskan atau melayan permintaan pelanggan dimana pada masa yang sama mungkin dalam situasi kecemasan, memerlukan kemasukan ke wad atau baru sahaja terlibat dalam kemalangan?
Hanya Tuhan yang tahu... Diharapkan pelanggan insurans saya juga boleh memahami jika tiba masanya.
------------------------------------------------------------------------------------------
Menu Kegemaran saya setiap kali rumah terbuka raya - Sate!

No comments:
Post a Comment