Saya menangguhkan semua aktiviti insurans Prudential buat sementara & meluangkan masa bersama rakan-rakan Ejen Prudential BSN Takaful di Kedai Mamak Selma, Subang Bestari. Siaran langsung Liga Super 2013. Rehat sekejap...
Alhamdulillah, ATM 2 - Kelantan 3. Keputusan bolasepak Liga Super dua malam lepas, 29 mac 2013.
Muhammad Norfarhan adalah hero bagi pasukan Pahlawan Merah. Dimasukkan sebagai pemain gantian, beliau bijak menghidu hantaran jauh dari Shakir Shaari, pada minit-minit terakhir permainan. Menyusup masuk dari sayap kanan, melepasi perangkap offside ATM. Situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol ATM, tembakan dilepaskan dengan tenang menewaskan Farizal Harun.
Apapun, saya & rakan-rakan insurans, dan saya percaya semua penonton terhibur dengan perlawanan semalam. Menarik & mendebarkan.
*Saya suka dengan cara permainan Kelantan menentang ATM di Paroi, Negeri Sembilan. Sentiasa mengamalkan Prinsip Tidak Putus Asa dan tabiat Terus Berjuang hingga minit-minit terakhir.
Prinsip dan tabiat positif seperti itu mesti saya terapkan dalam kerjaya sebagai ejen insurans Prudential.
Sudah semestinya! GOMO Ikhwan GOMO!
No comments:
Post a Comment