Hari ini hujan lebat. Jangkaan saya seluruh KL & majoriti kawasan Selangor. Sejak dari 5petang sehinggalah pukul 7malam, barulah reda sedikit.
Majoriti rakyat di Malaysia saya percaya tidak sukakan hujan. Hujan mungkin mempengaruhi aktiviti seharian masing-masing.
Saya suka hujan bila:-
1. Bila tiada apa-apa aktiviti di hujung minggu.
2. Bila is turun sekali sekala di musim cuaca panas.
Saya tidak suka hujan bila:-
1. Ia turun pada hari saya telah menetapkan temujanji dengan pelanggan insurans.
2. Ia turun pada hari saya sepatutnya membuka booth Prudential di mana-mana.
Sebagai contoh, bila hujan, bilangan orang akan menurun di laluan booth insurans Prudential Takaful di Subang Perdana. Jujurnya, ini saya tidak suka.
Walau apapun, kita sebagai manusia biasa, sentiasalah sediakan payung sebelum hujan ya...
No comments:
Post a Comment