Kerjaya sebagai Ejen Insurans, ada cabarannya. Baik kerjaya ejen secara sepenuh masa @ separuh masa.
Dua minggu yang lepas, ada beberapa orang bertanya saya mengenai pelan perlindungan Prudential BSN Takaful. Masa itu, saya bertugas di booth Hospital Bersalin Pusrawi, Kota Damansara.
Mereka memberikan saya nombor masing2 untuk dihubungi. Katanya memang berminat untuk pelan persaraan, pelan pendidikan & perubatan anak-anak, dll yang berjenama Prudential.
Sepertimana yang diminta oleh bakal pelanggan, saya hubungi mereka semula selepas suatu tempoh masa seperti dijanjikan.
Ada satu kes dimana seorang abang ini, ejen Prudential lamanya telah tidak aktif(berhenti dari menjalankan aktiviti insurans), dan dia sebenarnya tengah mencari ejen baru untuk memohon insurans baru untuk anak ketiganya. Dia sangat berminat & meminta saya menghubunginya secepat mungkin.
Saya telefon pada minggu lepas, temujanji pada hari Sabtu pukul 1 petang, ditunda ke hari Ahad waktu yang sama. Pada hari Ahad, apabila dihubungi, ditunda ke pukul 5 petang. Ahad 4.30 petang, sms saya bertanyakan pengesahan untuk jumpa, sudah tidak berbalas... (tidak apa, mungkin bakal pelanggan saya terlalu sibuk jadualnya)
Hari ini, Sabtu 20 April 2013, saya sms beliau pada awal pagi, bertanyakan mungkin beliau ada masa untuk jumpa sekejap, sms saya tidak berbalas. (apapun, saya tetap percaya yang akhirnya saya akan berjumpa semula dengan bakal pelanggan saya ini, satu hari nanti...)
Tangga yang harus didaki... |
Anda tak rasa pelik ke?
Cabaran biasa bagi seseorang ejen insurans seperti saya...
No comments:
Post a Comment