Assalam kepada pembaca,
Kita baru sahaja selesai menghadapi Pilihanraya Umum ke 13. Antara pilihanraya paling sengit dalam sejarah di Malaysia pada pendapat saya...
Kita boleh bercakap itu & ini sesuka hati, kerana kita negara demokrasi.
Kita boleh memilih mana-mana parti, mengikut penilaian sendiri & kehendak hati.
"Ini Kalilah" @ "Lain Kalilah", selalu kita dengari.
Berikut adalah ringkasan keputusan Pilihanraya Umum ke 13...
Tahniah kita ucapkan kepada BN, kerana masih memegang tampuk pemerintahan negara.
Tahniah juga kepada PR kerana berjaya menambah bilangan kerusi dimenangi.
Untuk semua rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menilai keputusan pada kali ini. Kita terima keputusan dengan hati terbuka, kita kaji sebaiknya dengan berlapang dada & kita nilai sedalamnya dengan minda terbuka...
Agaknya kemana hala tuju politik & masa depan agama, bangsa, negara kita... Negara kita, tanah tumpahnya darah kita...
Beza POLITIK & INSURANS:
Di Ofis Agensi Insurans, Pengurus Agensi saya tidak membicarakan hal politik. Ejen juga tidak dibenarkan/digalakkan membawa unsur politik secara berlebihan. Kerana Insurans & Politik banyak bezanya...
Dalam bidang insurans;
1. Ejen tidak boleh bercakap/berjanji dengan pelanggan sesuka hati, kerana kita mempunyai protokol & mesti mengikut hitam putih polisi...
2. Ejen mesti berkhidmat dengan seikhlas hati, kerana tidak boleh membezakan pelanggan melalui jenis parti...
3. Ejen tidak boleh "Ini Kalilah tolong Client" @ "Lain Kalilah tolong Client", kerana kita mesti bersedia untuk membantu Client(bila diperlukan) "Berkali-kali...!"
No comments:
Post a Comment